Forum Gagasan Seni Bina Melayu Baharu (masuk percuma)

Black Box
Panels

Seni bina tempatan pada hari ini menghadapi cabaran kepupusan warisan seni bina tradisional Melayu disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu kekurangan sumber dan kemahiran/ilmu serta kekangan perundangan pembinaan yang sedia ada. Kekurangan dan kelemahan dalam menguasai ilmu dan memahami falsafah serta prinsip seni bina tradisional Melayu menyebabkan warisan seni bina ini tidak dapat diwarisi dan kurang minat daripada golongan masyarakat sekarang. Oleh yang demikian, melalui penganjuran forum dengan sesi soal jawab bersama-sama pakar dan para ilmuwan dalam bidang seni bina tradisional Melayu dapat menyedarkan masyarakat akan kepentingan memelihara kualiti dan status seni bina tradisional Melayu yang melambangkan jati diri bangsa Melayu dan warisan kita.