speaker-info

Hafizah Iszahanid

Hafizah Iszahanid berasal dari Chemor, Perak dan merupakan lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Gunaan dengan minor Hubungan Antarabangsa dari UNIMAS pada tahun 2000 dan kini bertugas sebagai wartawan di Berita Harian.

Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994. Buku tulisan beliau yang diterbitkan ITBM adalah; Kumpulan Cerpen Ayam Patah Kepak (2013), Kumpulan Cerpen Perempuan Berambut Merah (2015), Bukan Orangorang (2015) dan Kumpulan Cerpen Dalam Dakapan New York (2016).

My Sessions

Wacana Novel Ikarus (masuk percuma)

White Box
Panels

Wacana ini dianjurkan bagi mengupas dengan lebih terperinci dan khusus terhadap novel terkini tulisan S.M. Zakir berjudul Ikarus yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Nusa Centre. Ikarus adalah sebuah novel tentang cinta, magis, politik, ideologi dan kehidupan yang tumbuh daripada realiti dan luar realiti. Buku ini merupakan sebuah realisme baharu yang […]

READ MORE