speaker-info

Profesor Dr. Mohd. Tajuddin bin Mohd. Rasdi

Profesor Dr. Mohd. Tajuddin bin Mohd. Rasdi merupakan seorang profesor seni bina di School of Architecture and Built Environment, UCSI University. Sebelum memulakan khidmat di Universiti UCSI, beliau berkhidmat sebagai profesor seni bina di Universiti Teknologi Malaysia. Secara keseluruhannya, beliau berjaya menulis lebih daripada 50 buah buku yang diterbitkan oleh pelbagai pihak penerbitan, termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, Profesor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi juga telah menulis sejumlah penerbitan jurnal yang telah menjadi rujukan pengkaji dan ahli akademik di masa kini. Beliau juga aktif dalam menyampaikan syarahan umum mengenai dalam bidang seni bina, politik dan budaya bangsa.

My Sessions

Forum Gagasan Seni Bina Melayu Baharu (masuk percuma)

Black Box
Panels

Seni bina tempatan pada hari ini menghadapi cabaran kepupusan warisan seni bina tradisional Melayu disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu kekurangan sumber dan kemahiran/ilmu serta kekangan perundangan pembinaan yang sedia ada. Kekurangan dan kelemahan dalam menguasai ilmu dan memahami falsafah serta prinsip seni bina tradisional Melayu menyebabkan warisan seni bina ini tidak dapat diwarisi dan kurang […]

READ MORE