speaker-info

Wan Nor Azriq Wan Mokhtar

Wan Nor Azriq Wan Mokhtar anak kelahiran Alor Setar, Kedah merupakan penulis yang prolifik sehingga telah menerbitkan lebih enam (6) novel sejak empat tahun lalu. Novel pertama yang diterbitkannya pada tahun 2014 bertajuk D.U.B.L.I.N. diterbitkan oleh ITBM dan memenangi hadiah utama Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH yang diadakan pada tahun yang sama. Novel tersebut telah melonjakkan nama Wan Nor Azriq sebagai antara penulis muda yang akan mengubah landskap sastera tanah air. Selain novel D.U.B.L.I.N., antara karya lain yang dihasilkannya termasuklah Soneta Roda Basikal, Boneka Rusia Guido, Dompet Kulit Buaya dan Di Kala Bulan Bermain Biola. Kini Wan Nor Azriq merupakan penulis sepenuh masa yang banyak menulis di akhbar dan majalah serta menjadi panel dalam banyak seminar atau persidangan yang berkaitan sastera, buku, bahasa, dan pemikiran.

My Sessions

Wacana Novel Ikarus (masuk percuma)

White Box
Panels

Wacana ini dianjurkan bagi mengupas dengan lebih terperinci dan khusus terhadap novel terkini tulisan S.M. Zakir berjudul Ikarus yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Nusa Centre. Ikarus adalah sebuah novel tentang cinta, magis, politik, ideologi dan kehidupan yang tumbuh daripada realiti dan luar realiti. Buku ini merupakan sebuah realisme baharu yang […]

READ MORE