speaker-info

Zainal Rashid Ahmad

Zainal Rashid Ahmad dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 30 Jun 1967; dan memilih untuk berkelana ke kota raya Kuala Lumpur pada awal zaman remajanya (1984). Namun demikian, hasil penulisannya tidak segera muncul pada tempoh beliau berkelana (berhijrah, sebenarnya) di Kuala Lumpur kerana beliau lebih cenderung untuk menikmati dan meneliti kehidupan serba keras di kota raya itu. Hanya pada tahun 1990, barulah bakat kepengarangannya diserlahkannya lewat karyanya., “Genderang Perang” – sebuah puisi – yang tersiar di majalah Dewan Sastera. Walau bagaimanapun, beliau tidak merasakan dirinya menonjol dalam genre tersebut, lalu perhatiannya dicurahkannya terhadap penulisan cerpen, dengan memilih gaya eksperimental kerana beliau mengagumi aliran realisme magis.

My Sessions

Wacana Novel Ikarus (masuk percuma)

White Box
Panels

Wacana ini dianjurkan bagi mengupas dengan lebih terperinci dan khusus terhadap novel terkini tulisan S.M. Zakir berjudul Ikarus yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Nusa Centre. Ikarus adalah sebuah novel tentang cinta, magis, politik, ideologi dan kehidupan yang tumbuh daripada realiti dan luar realiti. Buku ini merupakan sebuah realisme baharu yang […]

READ MORE